Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Monday, August 1, 2011

THEM ~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. da lame rasenya aku tak post kat blog ni.. aku nak cakap sedikit... banyak sebenarnya.. haha
Tak tau dah nak tulis apa.. aku pun nak cerita la pasal korang jugak..haha

Udin: Ini antara orang yang terawal ak pernah kenal sejak mula masuk UITM. Terlalu banyak kenangan bersama kau.. kau kawan terbaik pernah aku jumpa... antara kenangan tak leh dilupakan time kita berdua pergi kuantan semata-mata nak beli baju dinner.. selamba jer jalan2 kat ECM mall time solat jumaat.. hahaha.. tebal gile muka time tu. pakai bedak 5 inci. kah3.. pastu kenangan dalam bilik tido umah sewa pillow talk bersama kau pasal rahsia2 kau. hahaha. sgt lawak..haha. ko mmg kawan paling kelakar n baik. kwn cam kau sgt sukar dicari. huhu :-)

Ewan: hahahahaha.. ini orang juga antara yang ak kenal selepas udin.. hahaha..kenal semasa dia sekali dengan zahir, huhu.. banyak juga kenangan dengan ewan ni. especially time kita start same bilik.. waktu part 3.. rasenya waktu ni kita jadi paling rapat kan. yela kita dua je sama bilik..pastu sekali dgn munir, angah dan paiz. waktu tu kita asyik cite2 je psl ex ko dlu yang budak OM tu.. hahaha.. ko mmg kwn paling best nak cerita psl rahsia2 semua. ak still simpan rahsia kau dan kau still simpan rahsia ak ( harap2 ko da lupe) haha.:-)

Mateen: hahaha dia ni pon ak kenal pas kenal udin & ewan. ak igt lagi dulu orang selalu panggil ko chip sbb terserlah watak ketua kau tu lagi2 time MMS. ko da pakai smart dengan beg jesbon nya. hahaha.. ak ingat juga kenangan kita kat shah alam. time aku. ewan & zul g rumah kau kononya nak wat assignment Malaysian Eco.. hahaha. Pagi2 semangat kita pergi naik moto nak interview orang semua, sekali tayar motor kau pecah.. hahaha nasib baik time tu jalan takde kereta.. kalau tak arwah dah kita. hahaha..pastu tengok2 hari tu sabtu. semua office tutup, buat penat je pegi shah alam. last2, jengka juga pilihan kita... haha. kau memang kawan paling ak kagum dari segi confident level kau, lagi2 time presentation. :-)

Zul: Ha ini orang tua pon ak kenal selepas kenal mereka di atas ni. (jgn mrh zul panggil org tua, gurau je. haha ) zul ni time memula ak nampak ak da leh agak die ni tua sikit dr kita, tapi ak still ragu2 sekali dia tunjuk IC.. baru ak percaya.haha..memang nampak dia ni pendiam je. sekali kenal mmg camtu pon.haha. Walaupun kau ni umur kau tak sama dgn kitorang. leh tahan juga gila2 kau dengan kitoang kan. yela maybe kita dah bersama lama kan. so kau terikut2 perangai kitorang, haha. kau antara kawan yang paling alim aku pernah ak jumpa.. amat susa nak lihat kau ponteng solat. apatah lagi benda lain kan. :-)

Razi: Ini lagi sorang. Ak kenal razi ni pon sebab dia sebilik dengan zul time part 1 tapi time ni die kelas lain.Sejak part 2 barulah dia join kelas kitorang. menyibok jer (gurau je razi) haha. Dia ni pon pendiam juga.. samalah cam zul ni.. padanla sama roomate dulu. hahaha. Dia ni kuat tacing sikit.. hai kalu tacing susa nk cakap dgn dia ni. huhu.. Apa2pun, aku ingat lagi kau nak no dak gurl kt terminal bas jengka dulu, time tu kita baru balik pasar kan. hahha. pastu ak minta no pastu tak dapat. pastu ko terus tak minat gurl tu. hehe...takpela. skrg pon da ade awek kan. huhu. anyway, kau kawan yang paling byk tacing dgn aku. hehe.. rindu nak tuttttt dgn kau. haha :-)

Paan: Ni pula the last person I met antara geng2 lelaki. Dia ni mula2 memang nampak pelik pon. time start kelas dulu. Dia dtg sekali dengan azam,hahaha..nampak senyap je. Yang geramnya. dia ni suka tukar2 kelas..aishhh. sungguh tak setia. apa2pun. tak kisahlah..sbb akhirnya kelas kami juga jadi pilihannya. haha.. Mula kenali paan ni betul2 time part 3 la.. selalu datang menyibuk kat bilik ak n ewan, hahaha.. lepas kenal kau. tak sangka ko ni gila2 sebenarnya. lagi gila dari orang lain. lagi2 time menari.. ingat lagi aku kau dan ewan wat video lagu raya apa ntah namanya, tak ingat. sangat lawak..video tu da xde kan..=(. apa2pun kenangan ni tak mungkin ak lupa la..ko juga antara kawan baik yang pernah ak jumpa. even sometimes kau ni panas baran, kau tetap kawan yang best lagi2 time menari dan menyanyi.. :-)

Kepada dak2 girl, korang pun antara kawan gurl yang paling rapat ak pernah kenali. Tiada yang lain melainkan korang.. Kita semua memang jadi rapat gile time last sem ni. Yela semua duk luar kan. hampir setiap hari g lepak umah korang, g makan sama2. Hang out sama2.. buat assignment sama2.. semua ni tak mungkin dapat diulangi kembali. kenangan ke rumah nieyra merupakan kenangan paling best bagi ak, thanks nieyra kerana bagi kitorang rasa ikan bakar pekan. huhu..

ni,, aku coretkan serba sedikit tentang benchmark, trademark or tagline korang. haha

Nieyra= terkenal dengan ratu air matanya.. selalu nangis, (paling lama nangis time last day time lepak kt umah korang sampai kol 3 pagi tu. huhu
Aina= terkenal dengan cakap lajunya.. kelajuannya boleh megalahkan jet pejuang. haha
Kaka= terkenal dengan kegedikkannya,, dan kiri kanannya, opsss. haha
Aida= terkenal dengan melatahnya. selalu melatah ooo bu***. hahahahahaha
Syera= terkenal dengan kegatalannya terhadap lelaki lagi2 yang curly.. haha. yg pelik ak pon jadi mangsanya.. huhu =p
Syuezz: terkenal dengan fashion & style nya .. mcm2 shawl die ade. wah. hahaha
Nina= terkenal dengan mata sepetnya..dan fluent englishnya yang sangat mat saleh tu. muahahhaa

So, lepas ni kita semua akan menempuhi alam degree pulak.... semoga korang takkan lupa kan aku...huhu.. yela. aku, udin & kaka je tercampak jauh kat melaka,dungun & kelantan.. yang lain semua dapat sama kat shah alam... huhu. kepada zul & syuezz.. ak harap korang dapat happy dengan keputusan korang, kepada syuezz.. jadila pekerja maybank yang rajin oke. hahaha kepada zul,jadilah supervisor yang bertanggungjawab.. haha. apa2pun jalan yang korang pilih. kitorang tetap support huhu.. kepada paan yang still ragu2 tu. tolong fikir baik2 ok. dengarlah nasihat2 kami. tapi apa2pun keputusan kau. kitorang tetap sokong.Tak lupa juga buat syera.. semoga kau happy kat jengka tu walaupon kitaorang da takde. belajar rajin2 ek. kitorang doakan kejayaan kau di sana =)

Akhir kata, memandangkan enrty ini dibuat pada hari pertama bulan puasa. Ak nak ambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan RAMADHAN AL MUBARAK. korang sume jangan gatal2 nak ponteng puasa k lagi2 yang bekerja tu huhu. kalau nak pun, ajak aku sekali. haha just kidding...;p


dan dengan ini aku sertakan juga gambar kita yang diedit oleh paan.. haha...semoga persahabatan kita kekal. Persahabatan terbaik pernah aku alami dalam hidup. Muahhh untuk korang =D

*caption: muka paan paling tak leh blah.. haha..anyway credit to paan =p

1 comment: